:::: MENU ::::
Memaparkan catatan dengan label php. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label php. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2016

Sebelum saya mulakan, jika anda tertinggal catatan sebelum ini sila ke:
1. menyediakan persekitaran sever tempatan XAMPP
2.MYphpadmin - pengenalan dan tutorial

Sememangnya Text Editor adalah salah satu alat terpenting untuk devoloper. Pelbagai jenis Text Editor diluar sana menyajikan tool yang terbaik untuk pelbagai aplikasi iaitu dari txt, c++ ke PHP.

Text editor bukan sekadar untuk kegunaan menaip fail txt, kini pengguaannya diperluaskan untuk pembinaan aturcara den dipermudahkan dengan pelbagai tool seperti spelling checker, command example dan sebagainya.

Berikut adalah 7 TEXT EDITOR terbaik.


SUBLIME TEXT



SUBLIMETEXT adalah yang terbaik buat masa ini, Bukan sahaja ia penuh dengan peralatannya ia juga mempunyai kecekapan dan performance yang amat baik, ia ringan dan tidak membebankan komputer. Dengan pelbagai plugin dibina oleh penggemarnya ia boleh dikira Editor yang teragung. Namun ia mengenakan bayaran sebanyak USD70 untuk satu salinan dan hanya diberi percuma secara masa terhad, untuk terus menggunakannya pengguna perlu mendapatkan lesen. Ia adalah multiplatform dimana ia boleh diinstall pada Windows, Mac dan Linux.

versi terkini adalah v3

www.sublimetext.com 


NOTEPAD++



notepad++ menyajikan pengguna dengan antaramuka yang hampir sama dengan notepad biasa, namun ia penuh dengan ciri yang diperlukan untuk developer. Ia adalah aplikasi sumber terbuka dan boleh dimiliki secara percuma. Namun masih mempunyai ruang untuk penambahan supaya pembinaan aturcara lain dapat di sokong, buat masa ini masih banyak coding yang masih tidak disokong dan antaramuka yang disediakan agak ketinggalan. Ia hanya menyokong Windows.

https://notepad-plus-plus.org

TEXT WRENGLER



Tidak ketinggalan pada pengguna MAC, anatara yang terbaik sebaris dengan SUMBLIME TEXT, tetapi hanya disajikan kepada pengguna MAC sahaja. Ianya Percuma dan boleh dimuaturun melalui AppStore.

APP STORE

GEdit


Tidak ketinggalan juga kepada penggemar LINUX , Gedit kebiasaanya didatangi sekali dengan Distro yang popular sepertu UBUNTU, ia sepenuhnya percuma namun dengan sikit rumit apabila mahu menambah plugin kerana ia perlu melalui proses manual seperti menggunakan Terminal (apt-get install) atau melalui ubuntu software center, dimana pengguna perlu menyelak beberapa muka surat mengenainya sampai jumpa apa yang di ingini.

KOMODO EDIT


Komodo Edit adalah perisian sumber terbuka namun ia menyediakan dua perisa berbeza, KOMODO EDIT didukungi sebagai Opensource dan KOMODO IDE hanya diberikan 15hari percubaan dan anda perlu membuat bayaran untuk terus menggunanya. Ia boleh dijalankan pada semua platform iaitu windows 32/64, MAC, dan linux 32/64.

http://www.activestate.com/komodo-edit

BRACKETS


Pendatang baru yang memiliki ciri yang hampir serupa dengan SUBLIME TEXT namun ia masih belum matang, sebagai pendatang baru, buat masa ini ia hanya menyokong aturcara web, Ia adalah perisian sumber terbuka dan percuma.

http://brackets.io/



LIME TEXT



kesedaran komuniti terhadap perisian sumber terbuka, dari kejayaan SUBLIME TEXT maka wujud sebuah lagi perisian yang mana ia klon aplikasi asal dan ianya adalah percuma, LIME TEXT dihostkan di github sebagai repository supaya ia boleh dibina oleh orang ramai. Dengan ciri-ciri yang menarik ia mungkin akan manjadi salah satu Text Editor yang tebaik pada masa akan datang. Ia menyokong pelbagai platform termasuk rasbarryPi 2 memang menarik!

https://github.com/limetext/lime/wiki/Building   <-- cara install






Sabtu, 5 November 2016

Dalam post yang lalu kita telah belajar install XAMPP, jika belum sila lihat disini . Kali ini saya akan mengetengahkan cara untuk menyediakan database untuk digunakan pada laman PHP anda.

Database yang kita akan wujudkan adalah database kosong dimana ia diwujudkan supaya ia bolehdijadikan pengkalan data bagi laman web PHP (database driven) seperti JOOMLA, PHPNUKE, WORDPRESS atau laman web / applikasi web ciptaan anda sendiri.

Sesebuah database kebiasaannya memerlukan NAMA(name), PENGGUNA (user), dan PASSWORD supaya ia hanya boleh diakses oleh script sahaja dan selamat dari pengodam. Namun isu penggodam ini tertakluk kepada berapa kuat ciri keselamatan laman web itu sendiri (database script).

Mari kita mulakan.

Buka pelayar web kegemaran anda dan type "localhost"



klik pada TAB phpMYadmin



mari kita lihat




  1. bahagian ini akan memaparkan database yang sedia ada 
  2. bahagian ini adalah TAB bagi menjalankan operasi 
  3. memaparkan isikandungan TAJUK  tab
Mari kita mulakan untuk mewujudkan Database baru

Pada bahagian 1 klick pada icon NEW  , pada frame 3 akan dipaparkan paparan untuk kita menyediakan database baru seperti berikut



di bahagian create database isikan nama bagi database kita pada ruangan "database name" dan click "create"

setelah selesai akan tertera database baru kita di bahagian 1, klik pada database yang bari dicipta untuk tutorial saya saya namakan database tersebut "test1".


klik pada database yang telah dicipta, kemudian lihat pada bahagian 2 (TAB) dan click TAB "Privilage"



dalam bahagian 3 akan tertera sebilangan pengguna yang mempunyai kebenaran untuk mengakses database "test1". Namun begitu atas dasar keselamatan kita perlu menyediakan pengguna baru untuk digunakan didalam laman PHP yang akan kita bina nanti, kerana pengguna yang tertera adalah pengguna utama (ROOT) dan pengguna root mempunyai akses kesemua database didalam server SQL. Dengan itu mari kita cipta pengguna baru.

klik pada "Add User Account" 



masukkan nama "User name" pastikan nama ini sukar untuk diteka

ubah HOST NAME kepada "LOCALHOST" 

masukkan password dalam bahagian password, juga pastikan ia sukar diteka

scroll kebawah dan lihat paparan ini


pada global privilage tandakan "check all" supaya pengguna ini mempunyai segala akses kepada database tersebut (anda boleh merubah jenis privilage mengikut kesesuaian jika anda tahu mengenai SQLserver)

scrool hingga kebawah dan tekan butang "Go"



selesai, anda telah berjaya mencipta database baru dan pengguna untuk database tersebut, jangan lupa untuk menyalin "NAMA DATABASE" , "NAMA PENGGUNA" dan "PASSWORD PANGGUNA" untuk tujuan pembinaan laman PHP nanti.

selamat mencuba!!



Bagi tujuan pembenaan web server percubaan (testing server) adalah sesuatu yg memudahkan proses pembinaan laman web bahagian server seperti PHP dan ASP. Dalam artikel ini saya akan menunjukkan cara untuk menyediakan server percubaan untuk PHP.

Secara amnya untuk membina laman web PHP sesebuah server memerlukan development inviroment dan koponen seperti dibawah.

Apache server
apache server adalah HTTP server yang membolehkan kita mebuat host untuk laman web berfungsi seperti "www.example.com" dimana dalam tutorial ini akan kelihatan seperti "http://localhost:80"

PHP
PHP adalah scripting languange dimana laman web boleh dicipta dengan language tersebut, untuk server apache dapat memahami apa yang tertulis didalam scrip PHP, ia memerlukan engine untuk membaca dan mengalih bahasa kepada bahasa yang pelayar fahami. Dimana script didalam server akan manjadi berbeza dengan script yang terpapar pada pelayar internet.

SQL server
server yang bertanggungjawab untuk Database. Dalam tuturial ini kiakan menggunakan MYSQL.

Proses untuk menyediakan server development enviroment seperti di atas adalah sedikit rumit namun tutorial ini saya akan mambantu anda menyediakan cara yang lebih mudah.

Pakej Developmen inviroment 
 Terdapat pelbagai pakej antaranya XAMPP,WAMP dan lain-lain, dalam tutorial ini saya akan mengetengahkan XAMPP dari apache friends (www.apachefriends.org) dimana ianya adalah sepenuhnya sumberterbuka dan percuma namun sokongan dari anda diperlukan untuk menyalurkan bantuan kewangan "donation".

Apa yang diperlukan hanyalah dengan DOWNLOAD fail dari laman web mereka seperti LINK ini ada tiga pilihan perasa disediakan iaitu untuk WINDOWS, LINUX dan OSX.

ciri-ciri yang tersedia didalam XAMPP adalah

*bagi mereka yang mengalami masalah untuk run, sila uninstall "microsoft visual C++ 2015 redistributable (x86/x64)" download LINK ini , install dan restart pc....


SERVER
  • Apache
  • MySQL
  • Filezilla FTP Server
  • Mecury Mail Server
  • Tomcat
PROGRAM LANGUAGE


  • PHP
  • PERL
LANGUAGE TOOLS
  • phpMyAdmin
  • Webalizer
  • Fake Sendmail



untuk masa tutorial ini ditulis versi terkini adalah versi 7.0.9 / PHP 7.0.9.


klick NEXT


jangan membuat apa-apa perubahan kecuali anda tahu apa yang diperlukan... klik NEXT


lokasi tempat ia akan diinstall, buat perubahan jika anda ingin ia diletakkan di tempat lain atau terus klik NEXT


bung tanda pada kotak "learn more about Bitnami for XAMPP.. dan teruskan dengan butang NEXT


dan NEXT...




sebelum selesai paparan ini akan terpapar, klik "Allow access" (bergantung pada jenis OS yang digunakan, kadangkala tiada).


Klick Finis dan selesai install...


setelah selesai install satu paparan akan kelihatan seperti berikut


pilih bendera yang ada faham bahasanya dan klik SAVE.



paparan control panel akan kelihatan....

CARA SET CONTOL PANEL

Ada dua cara set melalui control panel XAMPP ini.

  1. Sementara - dengan hanya memekan button START dan setiap kali computer reboot anda perlu menekan butang START sekali lagi.
  2. Kekal - dengan menandakan sebagai service supaya setiap kali komputer reboot XAMPP akan terus START dengan sendirinya.
bagi tujuan tutorial ini saya akan setkan XAMPP sebagai service, anda perlu matikan applicatio XAMPP dan RUN semula dengan "Run as admionistrator"






KLICK pada kotak yang bertanda X dalam module service dan selepas itu klik pada butang YES untuk memastikan ia dijadikan service pada windows.


pilih dan tandakan pada APACHE, MYSQL dan FILEZILA(jika perlukan ftp)...



setelah selesai klik pada butang START pada Action di bahagian Apache, MySQL dan FileZilla...


MENCUBA, ADAKAH ANDA BERJAYA

Dengan membuka Pelayar kesukaan anda, type seperti berikut

http://localhost:80




Jika paparan ini keluar bermakna anda telah berjaya menyediakan inviroment untuk pembinaan PHP anada... TAHNIAH..


Selamat Mencuba.

untuk sebarang komen dan cadangan sila isi medan dibawah.