:::: MENU ::::

Isnin, 14 November 2016

sambungan dari tutorial yang lepas mari kita membina page pertama kita dengan HTML dimana HTML adalah asas kepada pembinaan laman web.

mari kita mulakan

buka command prompt yang baru dengan menekan start - run - taip CMD


taip "cd\" dan cd "web"


taip "copy NUL index.html


anda telah berjaya mencipta fail HTML pertama anda. 

tahukan anda INDEX adalah fail yang pertama akan dibaca oleh server semasa alamat dipohon oleh pelayar web

mari kita buka fail tersebut untuk kita memulakan aturcara pertama kita

saya akan menggunakan applikasi Sublimetext3 anda boleh manggunakan notepad jika tidak mahu menghabiskan kuota internat anda... hahahaha

mari kita mulakan
taip kod berikut didalam fail index.html didalam folder web anda saya akan edit menggunakan aplikasi text editor pilihan saya dan anda perlu menggunakan juga mengikut kegemaran anda.


<!DOCTYPE html>
<html>
<head>
<title>Tajuk Page</title>
</head>
<body>

<h1>Heading pertama saya</h1>
<p>paragraf pertama saya, selamat berjaya!.</p>

</body>
</html>





setelah selesai save dan buka semula pelayar anda dengan alamat berikut 
localhost:8888




perhatikan 
1. pada tab browser diatas tertera tajuk page
2. pada baris pertama itu adalah heading 
3. baris kedua adalah paragraft

selamat mencuba!


bagi mereka yang masih belum menyediakan persekitaran server sila ke

1. menyediakan persekitaran sever tempatan XAMPP
2.MYphpadmin - pengenalan dan tutorial

3. Text Editor
4.menghos folder secara manual




Sebelum saya mulakan, jika anda tertinggal catatan sebelum ini sila ke:
1. menyediakan persekitaran sever tempatan XAMPP
2.MYphpadmin - pengenalan dan tutorial
3. Text Editor

Hari ini kita belajar buat coding HTML tapi sebelum tu mari kita sediakan server percubaan kita dahulu, bagi yang belum lagi menyediakan persekitaran ini sila ke SINI ,

baik mari kita mulakan

setelah selesai, buka command prompt dengna mnekan start - run - type "cmd"







kebiasaan command prompt akan terus berada pada folder pengguna, seperti kes saya iaitu 

taip "cd\" 




supaya ia menjadi "c:\>" sahaja


dan kemudian

taip "mkdir web"



taip "cd web"



dan ia akan menjadi "c:\web\>"



anda telah berjaya mewujudkan folder baru dan anda sekarang didalam folder tersebut menggunakan command prompt


dan sekarang kita akan menghostkan folder tersebut supaya ia boleh dilayari menggunakan pelayar web kesukaan anda

untuk host server pada folder tertentu command adalah seperti berikut

php [option] <address>:<port>


  • option adalah -S



  • address adalah localhost keranan ia adalah untuk kegunaan tempatan (pc anda)



  • port ikut kehendak anda dimana dalam kes ini saya akan menggunakan port 8888


jadi mari kita taip

taip "php -S localhost:8888"



dan akan keluar pesanan seperti berikut


ini menunjukkan anda telah berjaya menghost folder yang dipilih "web" ke localhost:8888
jangan padamkan command prompt hanya kecilkan sahaja dengan minimize

sekarang buka browser pilihan anda dan masukkan alamat berikut pada petak alamat

"localhost:8888"


sekarang anda telah berjaya menghost web anda dari folder yang kita kehendaki, Ia kelihatan kosong kerana kita masih belum mencipta fail lagi didalamnya..


selamat berjaya

Isnin, 7 November 2016

Sebelum saya mulakan, jika anda tertinggal catatan sebelum ini sila ke:
1. menyediakan persekitaran sever tempatan XAMPP
2.MYphpadmin - pengenalan dan tutorial

Sememangnya Text Editor adalah salah satu alat terpenting untuk devoloper. Pelbagai jenis Text Editor diluar sana menyajikan tool yang terbaik untuk pelbagai aplikasi iaitu dari txt, c++ ke PHP.

Text editor bukan sekadar untuk kegunaan menaip fail txt, kini pengguaannya diperluaskan untuk pembinaan aturcara den dipermudahkan dengan pelbagai tool seperti spelling checker, command example dan sebagainya.

Berikut adalah 7 TEXT EDITOR terbaik.


SUBLIME TEXT



SUBLIMETEXT adalah yang terbaik buat masa ini, Bukan sahaja ia penuh dengan peralatannya ia juga mempunyai kecekapan dan performance yang amat baik, ia ringan dan tidak membebankan komputer. Dengan pelbagai plugin dibina oleh penggemarnya ia boleh dikira Editor yang teragung. Namun ia mengenakan bayaran sebanyak USD70 untuk satu salinan dan hanya diberi percuma secara masa terhad, untuk terus menggunakannya pengguna perlu mendapatkan lesen. Ia adalah multiplatform dimana ia boleh diinstall pada Windows, Mac dan Linux.

versi terkini adalah v3

www.sublimetext.com 


NOTEPAD++



notepad++ menyajikan pengguna dengan antaramuka yang hampir sama dengan notepad biasa, namun ia penuh dengan ciri yang diperlukan untuk developer. Ia adalah aplikasi sumber terbuka dan boleh dimiliki secara percuma. Namun masih mempunyai ruang untuk penambahan supaya pembinaan aturcara lain dapat di sokong, buat masa ini masih banyak coding yang masih tidak disokong dan antaramuka yang disediakan agak ketinggalan. Ia hanya menyokong Windows.

https://notepad-plus-plus.org

TEXT WRENGLER



Tidak ketinggalan pada pengguna MAC, anatara yang terbaik sebaris dengan SUMBLIME TEXT, tetapi hanya disajikan kepada pengguna MAC sahaja. Ianya Percuma dan boleh dimuaturun melalui AppStore.

APP STORE

GEdit


Tidak ketinggalan juga kepada penggemar LINUX , Gedit kebiasaanya didatangi sekali dengan Distro yang popular sepertu UBUNTU, ia sepenuhnya percuma namun dengan sikit rumit apabila mahu menambah plugin kerana ia perlu melalui proses manual seperti menggunakan Terminal (apt-get install) atau melalui ubuntu software center, dimana pengguna perlu menyelak beberapa muka surat mengenainya sampai jumpa apa yang di ingini.

KOMODO EDIT


Komodo Edit adalah perisian sumber terbuka namun ia menyediakan dua perisa berbeza, KOMODO EDIT didukungi sebagai Opensource dan KOMODO IDE hanya diberikan 15hari percubaan dan anda perlu membuat bayaran untuk terus menggunanya. Ia boleh dijalankan pada semua platform iaitu windows 32/64, MAC, dan linux 32/64.

http://www.activestate.com/komodo-edit

BRACKETS


Pendatang baru yang memiliki ciri yang hampir serupa dengan SUBLIME TEXT namun ia masih belum matang, sebagai pendatang baru, buat masa ini ia hanya menyokong aturcara web, Ia adalah perisian sumber terbuka dan percuma.

http://brackets.io/



LIME TEXT



kesedaran komuniti terhadap perisian sumber terbuka, dari kejayaan SUBLIME TEXT maka wujud sebuah lagi perisian yang mana ia klon aplikasi asal dan ianya adalah percuma, LIME TEXT dihostkan di github sebagai repository supaya ia boleh dibina oleh orang ramai. Dengan ciri-ciri yang menarik ia mungkin akan manjadi salah satu Text Editor yang tebaik pada masa akan datang. Ia menyokong pelbagai platform termasuk rasbarryPi 2 memang menarik!

https://github.com/limetext/lime/wiki/Building   <-- cara install






Sabtu, 5 November 2016

salam sejahtera,

kita bertemu lagi, kali ini saya ingin menerangkan bagaimana untuk install git bash pada sistem operasi windows sebagaimana yang boleh kita lihat pada perkongsian tehhalia.com (http://tehhalia.com/tutorial-menggunakan-github/), namun tutorial tersebut adalah untuk MAC.

mari kita mulakan

layar ke laman ini https://git-scm.com/download/win
















download mengikut versi sistem operasi anda samaada 32bit atau 64bit.

pilih windows setup dan bukan portable untuk tujuan ini.

setelah siap download mari kita mulakan operasi install dengan dwi klik pada icon yang telah di download.



klick NEXT



klick NEXT


klik NEXT


klick NEXT



klick NEXT


anda boleh meilih samaada style linux / windows jika tiada perubahan terus Klick NEXT



Klick NEXT


klick INSTALL



selesai dan Klick Finish

Mari kita uji dengan membuka command prompt dengan menekan butang START, All APPS (win 10)/ all program (windows 7) , GIT dan GIT CMD




oleh kerana kebanyakkan git link adalah dalam bentuk command / terminal saya akan menggunakan Git CMD

mari kita mulakan

Buka Git CMD



secara lazimnya cara penggunaan adalah sama seperti menggunakan command prompt biasa...

untuk tujuan ini saya akan tujunkkan cara untuk clone git dari alamat berikut. ini adalah git milik saya khas hanya untuk tujuan tutorial ini.

untuk tujuan itu saya ingin clone dengan alamat ini https://github.com/ghaffar47/testing-git-cmd.git

dan sebelum itu saya mahu menyimpan fail yang bakal kita clone ke folder Download

type "CD Downloads" dan tekan enter
 dan akan kelihatan seperti berikut



setelah itu mari kita clone

masukkan command seperti berikut

git clone https://github.com/ghaffar47/testing-git-cmd.git dan tekan enter





selesai, mari kita semak folder Download menggunakan explorer







selesai

selamat mencuba!!


Dalam post yang lalu kita telah belajar install XAMPP, jika belum sila lihat disini . Kali ini saya akan mengetengahkan cara untuk menyediakan database untuk digunakan pada laman PHP anda.

Database yang kita akan wujudkan adalah database kosong dimana ia diwujudkan supaya ia bolehdijadikan pengkalan data bagi laman web PHP (database driven) seperti JOOMLA, PHPNUKE, WORDPRESS atau laman web / applikasi web ciptaan anda sendiri.

Sesebuah database kebiasaannya memerlukan NAMA(name), PENGGUNA (user), dan PASSWORD supaya ia hanya boleh diakses oleh script sahaja dan selamat dari pengodam. Namun isu penggodam ini tertakluk kepada berapa kuat ciri keselamatan laman web itu sendiri (database script).

Mari kita mulakan.

Buka pelayar web kegemaran anda dan type "localhost"



klik pada TAB phpMYadmin



mari kita lihat




  1. bahagian ini akan memaparkan database yang sedia ada 
  2. bahagian ini adalah TAB bagi menjalankan operasi 
  3. memaparkan isikandungan TAJUK  tab
Mari kita mulakan untuk mewujudkan Database baru

Pada bahagian 1 klick pada icon NEW  , pada frame 3 akan dipaparkan paparan untuk kita menyediakan database baru seperti berikut



di bahagian create database isikan nama bagi database kita pada ruangan "database name" dan click "create"

setelah selesai akan tertera database baru kita di bahagian 1, klik pada database yang bari dicipta untuk tutorial saya saya namakan database tersebut "test1".


klik pada database yang telah dicipta, kemudian lihat pada bahagian 2 (TAB) dan click TAB "Privilage"



dalam bahagian 3 akan tertera sebilangan pengguna yang mempunyai kebenaran untuk mengakses database "test1". Namun begitu atas dasar keselamatan kita perlu menyediakan pengguna baru untuk digunakan didalam laman PHP yang akan kita bina nanti, kerana pengguna yang tertera adalah pengguna utama (ROOT) dan pengguna root mempunyai akses kesemua database didalam server SQL. Dengan itu mari kita cipta pengguna baru.

klik pada "Add User Account" 



masukkan nama "User name" pastikan nama ini sukar untuk diteka

ubah HOST NAME kepada "LOCALHOST" 

masukkan password dalam bahagian password, juga pastikan ia sukar diteka

scroll kebawah dan lihat paparan ini


pada global privilage tandakan "check all" supaya pengguna ini mempunyai segala akses kepada database tersebut (anda boleh merubah jenis privilage mengikut kesesuaian jika anda tahu mengenai SQLserver)

scrool hingga kebawah dan tekan butang "Go"



selesai, anda telah berjaya mencipta database baru dan pengguna untuk database tersebut, jangan lupa untuk menyalin "NAMA DATABASE" , "NAMA PENGGUNA" dan "PASSWORD PANGGUNA" untuk tujuan pembinaan laman PHP nanti.

selamat mencuba!!